Masjid Dipenuhi Pengunjung Menjelang Hari GST

Masjid Dipenuhi Pengunjung Menjelang Hari GST

Masjid Dipenuhi Pengunjung Menjelang Hari GST

Kuala Lumpur – Umum sudah mengetahui yang GST akan berkuatkuasa bermula 1hb April ini. Beberapa hari sebelum itu, kelihatan banyak pasaraya dan kedai dipenuhi pengunjung yang mengambil peluang membeli barangan yang belum dikenakan GST.

Terdahulu juga diadakan bantahan atas penguatkuasaan GST oleh mereka yang prihatin pada Anwar rakyat.

Namun begitu, beberapa buah masjid besar tidak kurang hebatnya bila turut dikunjungi sebahagian besar penduduk Malaysia, khasnya yang berbangsa Melayu yang mengambil kesempatan di malam menjelang GST ini untuk memohon supaya dimurahkan rezeki, diberi kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup dan diberikan peluang yang luas untuk memperbaiki diri.

Dalam satu temubual ringkas dengan pengunjung sebuah masjid, Azman (bukan nama sebenar) berazam untuk tidak terlalu kerap ‘berhujah’ di Facebook semasa waktu pejabat dan mahu bekerja dengan ikhlas dan jujur. ‘Saya menganggap GST ini sebagai balasan untuk saya sebab tak buat kerja betul-betul dan menyalahgunakan peralatan pejabat.’

Manakala seorang lagi pengunjung masjid memuji sikap rakyat Malaysia kembali kepada yang Maha Esa untuk memohon meringankan kesulitan.

‘Kita memang seharusnya sentiasa memenuhi masjid. Kalau kita boleh memenuhi kedai dan pusat beli belah menjelang malam GST, dan memenuhi hadapan SOGO untuk berdemo membantah GST, saya kira tidak salah kita memenuhi masjid meminta supaya dipermudahkan hidup ini kepada Yang Maha Kuasa,” kata beliau yang enggan dikenali walaupun diminta mencadangkan nama glemer beliau untuk artikel ini.

Nota plastik: Gambar featured sekadar hiasan.

ep2p-2