Mana suara Malik Kassim dan PAS bila Umat Islam dukung anjing di P.Pinang?

Beginilah nasib rakyat Islam Pulau Pinang apabila diperintah oleh sebuah parti DAP yang berteraskan perkauman terhadap bangsa Melayu Islam. Ada saja tindakan mereka untuk menjatuhkan martabat orang Islam di Malaysia.

Semalam, satu kempen “Be A Paw Walker” yang di anjurkan oleh “Opt To Adopt” telah berlangsung di perkarangan Penang Times Square bertujuan untuk orang ramai memegang anjing sambil bergambar. Adakah sesuatu tersembunyi disebalik tujuan kempen ini diadakan?

Dimana Exco Agama Islam Pulau Pinang, Malik Kassim dan Pas Pulau Pinang berada ketika Cina DAP Pulau Pinang telah meluluskan satu kempen “Be A Paw Walker” yang dilihat seakan-akan sama tujuannya dengan kempen “I Want To Touch A Dog” sebelum ini?

Adakah Malik dan Pas Pulau Pinang tak sedar atau hanya bertindak menutup sebelah mata apabila kempen ini diadakan?? Tidakkah mereka sebagai orang yang selalu bercakap soal Islam, mengambil tahu tentang kempen ini dan apa tujuan kempen ini dilakukan??

Dan apabila ada wanita Islam yang sanggup bertindak keterlaluan bergambar sambil mendukung anjing di program tersebut, apakah Malik Kassim dan PAS P.Pinang masih mahu membiarkan umat Islam di negeri ini terus dipermainkan sehingga menjatuhkan imej Islam itu sendiri?

Malik sebagai exco Agama Islam dan Pas merupakan sebuah parti yang berteraskan Islam perlu bertindak tegas dalam kempen yang menyesatkan orang Islam seperti ini, dimana membenarkan orang Islam memegang binatang yang dikategori dalam najis besar ini sekaligus memuat naik gambar orang Islam tersebut.

Merekalah yang harus sedarkan rakyat di negeri ini tentang hukum-hakam agama. Binatang seperti anjing hanya boleh dipegang oleh umat Islam dalam situasi darurat sahaja, bukannya boleh secara suka-suka dipegang untuk bergambar. -Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small