LUAHAN SAYU HATI PESAKIT KANSER DILAYAN SEPERTI ‘BANDUAN’ DI INSTITUT KANSER NEGARA, PUTRAJAYA

1.png

Siapalah Melayu yang dapat tender serve makanan pesakit di Institut Kanser Negara ni.

1. Salah hantar makanan – ini paling selalu berlaku. Lain yang kau order, lain yang kau dapat. Kalau salah hantar, no apology. Dia paksa juga kita makan makanan yang dia salah hantar atau kita akan kebuluran.

2. Salah hantar diet – kau ada option tak makan ayam atau tak makan ikan. Tapi ini memang selalu diorang buat silap. Walaupun kau allergic makan ayam dan diorang salah hantar, kau kena juga makan ayam. Roommate aku sebu bila minum teh, disuruh juga minum teh sebab dia malas nak hantar kopi.

Macam dalam gambar ni, diet aku makan ikan. Tapi diorang tetap hantar ayam. Alasan, makanan dah habis.

3. Makanan tak cukup – dalam gambar ni diorang bagi aku air mineral padahal patutnya dapat air buah/kordial. Side dishes pun diorang tak bagi. Buah pun missing in action.

4. Makanan teruk – Donat yg masih macam doh, Samosa hangit, Popia sayur masam dan ikan serta ayam busuk adalah contoh makanan yang selalu tender baru IKN hidangkan kepada pesakit. Selalunya pesakit kanser ni tak lalu makan, maka kami tolak tepi jelah sampah yang selalunya dihidangkan. Tapi pernah adik aku datang dan cuba makan makanan aku, dengan dia sekali muntah sebab ayam tak masak.

5. Lupa hantar makanan

Berlaku pada waktu dinner hari ni. Dah pukul 8 malam baru aku dapat makanan, itu pun makanan yang salah. Lepas 2 jam menunggu, dan makan hanya biskut supaya aku dapat makan ubat, barulah makanan yang macam ni sampai. Dahlah silap, tak cukup, teruk. Yang paling teruk dia bagi aku ayam yang sah-sah aku ada allergy.

Dan macam biasa, mereka ni lupa adab jadi Melayu. Mana reti minta maaf?

5. Pewarna & perasa

Dah berkali-kali pihak pesakit dan IKN tegur pihak yang dapat tender tu supaya jangan guna pewarna dan perasa pelik-pelik, buah tu janganlah lupa buang kulit. Tapi mereka ni dah dapat tender, peduli apa kan? Dia serve juga ke kita. Agaknya atuk dia dulu hidup je walaupun minum dakwat, so dia rasa pesakit kanser ni mengada-ngada.

6. Kurang ajar

Tukang serve makanan kami ni Melayu. Tapi zaman sekarang ni belajar adab pun pakai iPad, so company yang dapat tender ni tak payahlah bagi training. Last week masa minum petang, seorang budak perempuan ni bukan main kurang ajar lagi sound mak aku depan tetamu-tetamu kami. Meja tempat letak makanan penuh sebab ada barang yang dibawa tetamu. Bukan main lagi budak tu menengking mak aku, macam mak aku orang gaji dia. Maklumlah, mak aku masa tu pakai t-shirt je. Mungkin dia ingat beliau ni bibik agaknya.

Kesimpulannya kat sini, tujuan pembinaan IKN ni memang suci murni. Government memang dah spend banyak (wang) kat sini termasuklah keluarkan tender utk makanan pesakit.

Tapi macam biasalah, tender yang diberikan tu aku tak tahulah kat saudara siapa. Atau Melayu mana. Dia buat kami ni lagi teruk dari banduan agaknya, mungkin dia rasa kami ni dah nak mampos, jadi suka suki sajalah bagi sampah. Paling koman pun salahkan tekak kami yang dah mula out ini untuk jimatkan kos.

Oh ya. Aku complain dalam Facebook sebab bila dietician kami complain kat bos mereka, diorang buat-buat lupa serve makanan kami.

Mungkin diorang lupa hak yang bayar cukai dan bil perubatan macam kami.

Scary?

Ini hakikat.

Hanya di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Sumber

ep2p-5small