Luahan hati isteri kedua Asraf Muslim.. Terus kena kutuk kaw-kaw

Membaca luahan hati isteri kedua Asraf Muslim iaitu Wan Sakinah buatkan Miss A tertanya-tanya, pasangan ni ada masalah rumahtangga ke.. Rupanya dia hanya nak buat luahan perasaan pada umum..

Maklumlah kita semua memang selalu set dalam kepala otak, isteri kedua ni sebagai perampas je kan.. So Wan Sakinah jelaskan dia sudah lali dengan kritikan itu..

Mungkin dah lama sangat menyimpan perasaan sedih di hati, Wan Sakinah meluahkan segalanya bila dah ada seorang pengikut di laman Instagramnya tanya soalan tu pada dia..

Dalam luahan tu Wan Sakinah akui bergelar isteri kedua pada Asraf memang sering dipandang serong oleh masyarakat..

“Salam. Maaf lewat memberi maklum balas. Ramai yg menghantar email kepada saya bertanya bagaimana saya selaku isteri kedua, menghadapi makian daripada orang sekeliling.


Ini jawapannya. “Semua yg terjadi telah tertulis”. Samada anda memilih utk bahagia atau derita, semuanya terpulang kepada anda.


Jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita. Allah sudah berikn nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat. Alhamdulillah. Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membenci saya?


Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana. Tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand.


Percayalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Hiduplah dengan bahagia. Bersyukurlah. Walau hakikatnya kadang-kadang kite merungut, marah, sedih, tapi tetapkan dalam hati, hidup ini indah!” tulisnya..

Apa yang Miss A dapat lihat kat sini, walaupun macam mana penjelasan Wan Sakinah tentang isteri kedua masih lagi masyarakat menganggap dia sebagai perampas..

Baca dari komen-komen rakyat, rata-rata memberi tohaman padanya.. Kalau Miss A, lebih baik senyap dari berkata apa-apa.. Banyak wanita kat luar sana tak nak dimadukan..hehehe.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small