Lolipop dari susu ibu asli??? Sedap ke??

Korang suka makan lolipop tak?? Lolipop favorite korang flavor apa ekk.. Gomez suka flavor susu badan. Haha ! Percaya tak percaya kini di London dorang dah hasilkan lollipop yang berperisa susu badan.

Ini bukan perisa susu badan yang tiruan punya.. Ini yang asli punya di pam dari ehemm ehemm ibu-ibu di London itu sendiri. Fuhhhh.. Macam tak percaya je kan. Agaknya macam mana la rasanya lollipop perisa susu badan ni.

Sanggup jugak noh ibu-ibu di London berkongsi susu mereka kepada pengasas lollipop ni untuk dijadikan gula-gula kegemaran ramai tu.

Lollipop perisa ini dibuat bukan untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak, tapi untuk membawa kepada naluri kehaiwanan. Aikkkk ! Macam pelik je bunyinya… Apa kaitannya lollipop susu badan ni dengan naluri kehaiwanan, hurmmm.

Sebenarnya banyak lagi perisa aneh yang tokey lollipop ni hasilkan, contohnya macam wain, bir, blueberry, the dan yang paling best perisa kek pun ada jugak uolsss ! -TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small