Liyana Jasmay Tetap Pilih Zizan Terajui Angin Cinta

Zizan Razak sepertinya diburu oleh pelbagai kontroversi dan gosip terutama apabila dikaitkan dengan hal-hal peribadi atau cinta. Namun, bagi Liyana Jasmay kontroversi itu tidak menghalangnya daripada memilih Zizan sebagai aktor peneraju super-telefilem terbitan syarikatnya Mermaid Studio Sdn Bhd.

Akuinya juga, pemilihan yang dibuat berdasarkan bakat yang Zizan ada selama dirinya mengenali aktor tersebut bukannya berdasarkan kontroversi yang melanda diri Zizan.

“Saya kenal Zizan sudah lama sejak dia keluar Raja Lawak lagi dan saya tahu bakat dia dalam bidang komedi serta lakonan.

“Saya juga tiada masalah dengan dia dan menganggap watak dalam drama tersebut sesuai dengan karakternya,” ujarnya.

Liyana Jasmay Tetap Pilih Zizan Terajui Angin Cinta

Zizan Razak dipilih sebagai peneraju telefilem ‘Angin Cinta’

Artikel menarik:- Putri Yasmin Enggan Komen Isu Hubungan Dengan Zizan Razak, Juliana Evans Mohon Tidak Kaitkan Dirinya Dalam Kisah Cinta Zizan Razak & Emma Maembong Masih Beri Sokongan Kepada Zizan Razak

Advertisement

Zizan memegang watak utama di dalam telefilem berjudul ‘Angin Cinta’, bergandingan bersama Ummi Nazeera yang bakal ditayangkan di Astro First.

“Saya pilih pelakon ikut kesesuaian watak bukan hanya mereka kawan-kawan saya sahaja. Begitu juga watak untuk saya, jika tidak sesuai saya akan beri pada orang lain yang lebih baik membawa watak itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Liyana juga menganggap gosip putus cinta Zizan tiada apa-apa kaitan dengan kerjaya malah menganggap hal itu sebagai perkara yang remeh dan akan dilupakan masa demi masa. Pape pun kami macam teringin juga nak tengok gandingan Zizan dan Ummi Nazeera ni, ada chemistry ke tidak ahaks!

8 total views, 8 views today

ep2p-2