Lelaki tergemuk di China kini dah kurus.. Kurus kee?

Korang masih ingat tak dengan lelaki yang bernama Liang Yong?? Ala, satu masa dulu, dia ni pernah gegarkan dunia kerana mempunyai  berat 222.26 kg dan terpaksa dibawa ke hospital menggunakan treler.. Still ingat tak?

Insan kelahiran China kini sekali lagi menggemparkan dunia kerana dia mampu mengurangkan berat sebanyak 76 kilogram dan kini beratnya adalah 146.06 kilogram.Wow.. Satu percubaan yang baik.

“Ia merupakan satu rekod yang tidak boleh dibanggakan apabila saya dinamakan sebagai lelaki paling gemuk di China pada 2007. Kini saya berharap untuk dinobatkan sebagai lelaki yang turun berat badan paling banyak,’’ katanya.

Ye la, bukan senang orang yang gemuk nak turun sebanyak tue.. Inilah yang dikatakan cabaran. Harap-harap lepas nih boleh kurangkan lagi Hehe.. Mana tau kot-kot tinggal 70 kg.. Mesti terkezutt sume orang.. Tak gitu?? ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-5small