Lauk Gajah untuk rakyat tempatan di Zimbabwe..

Eiskkk, takde daging lain ke nak makan?? Daging gajah jugak yang jadi tarikan.. Naik geli tekak nih.

Kalau korang pernah berjumpa depan-depan dengan gajah, korang pasti dapat merasai kesedihan yang dirasainya.. Ye la, selalunya kepala gajah ditukul atau dicakar dengan paku kalau tak dengar cakap..

Pilu ooii hati nih.. Tergamak betul Presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe beli gajah semata-mata untuk 2000 tetamu yang hadir sempena majlis ulangtahun kelahirannya yang ke-91.. Faham-faham jer lah, seekor gajah bernilai AS$1 juta (RM3.61 juta) kot…

Selain itu, difahamkan dua ekor gajah bakal ditembak . Seekor lagi gajah bakal dihidangkan kepada penduduk setempat. Kalau korang nak tahu, Zimbabwe ni negara paling kaya dengan wang ringgit, so memang tak kesah sangat lah dengan pembelian gajah nih…

Pelik-pelik.. Ape salahnya kalau makan kambing ke, lembu ke, kuda ke?? Ni tidak, gajah jugak jadi pilihan hati.. Pening kepala.. Oh yaa, sedap ke daging gajah nih?? Tak pernah rasa, lagipun haram kot bagi umat Islam.. Ye dak? Hehe.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-2