Lara Ameena (Sinopsis Drama TV1)

Sinopsis Lara Ameena

Lara Ameena berkisar mengenai perjalanan hidup seorang eksekutif bernama Amena yang menuntut fasakh terhadap suaminya Fauzan. Amena sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kerangka hidup Fauzan yang suka mendera fizikal dan mental. Fauzan bukan saja tidak mahu insaf dari hidup yang terkeluar dari landasan islam, malah menghalang niat Ameena untuk menjadi pengamal Islam yang ikhlas.

Menyedari haknya dari segi syarak, Amena membuat tuntutan fasakh. Fauzan tercabar bila Amena berani membuat tuntutan fasakh. Dia rasa haknya sebagai suami dicabuli, maruahnya sebagai lelaki dan suami tercemar. Dia tidak rela dan memaksa Ameena gugurkan tuntutan. Ameena tidak menoleh ke belakang lagi dan atas sokongan rakannya Salbiah, dia teruskan tuntutan. Menegakkan hukum syarak menjadi prinsip.

Fauzan bertindak agresif terhadap Ameena. Ameena terpaksa mendapat perlindungan polis. Fauzan ditahan dan dibebaskan atas jaminan polis. Namun begitu Fauzan tidak insaf, tidak serik, dia terus ancam dan menggugut Ameena.

Sinopsis Lara Ameena

Ameena semakin beroleh kekuatan untuk hidup dalam landasan Islamik apabila dia mengkagumi seorang mualaf, Fatini. Kebahagiaan keluarga Fatini amat dicemburui kerana Fatini masih baru mendalami cara hidup Islam. Ameena bersama Fatini terus bergerak dalam organisasi NGO bagi tujuan amal maarof.

Apabila kes perbicaraan dimahkamah, maka terbongkarlah seluruh cara hidup Ameena dan Fauzan sejak mula. Mereka berkahwin atas cinta sama cinta dan sama-sama hanyut dalam cara hidup yang jauh dari landasan syarak. Amat liberal. Amena malu dengan pembongkaran cara hidupnya.

Tetapi tidak dapat dihalang kerana Fauzan rakus membongkarkan keburukan cara hidup bagi membuktikan Amena bukan perempuan baik. Malah Fauzan menceritakan dengan tokok tambah bagi menimbulkan kenyataannya Ameena curang dan mendurhakai suami.

Amena terpaksa membongkarkan kisah kezaliman Fauzan terhadapnya. Ketika dia insaf dan bertaubat, Fauzan semakin rakus menodai nilai Islam. Fauzan telah menghalang Ameena mengerjakan solat dan sebaliknya memaksa Ameena memenuhi desakan nafsu. Malah Fauzan pernah membakar pakaian solat Amena.

Ameena terpaksa bongkarkan rahsia bagaimana dia dipaksa memenuhi nafsu buas Fauzan sehingga dia terpaksa mendapat rawatan hospital. Fizikal dan mentalnya didera.

Keluarga Ameena amat malu dan terasa ghaib dengan pendedahan cara hidup Ameena sehingga ayahnya mahu perkara tersebut diselesaikan diluar mahkamah. Tetapi Ameena sudah nekad dengan prinsipnya. Malah ketika dia memahami kehidupan Islam yang syumul, dia sendiri mempertikaikan cara hidup ayahnya. Ayahnya marah.

Ameena berkenalan dengan Azizi, salah seorang penggerak organisasi NGO. Dia amat senang dengan kesederhanann dan gaya hidup Islamik Azizi. Hatinya terbuka untuk menerima Azizi tetapi Azizi terhalang oleh sifat rendah dirinya.

Sally ,rakan baik Ameena semasa sosial liar suatu ketika dulu semakin rapat dengan Fauzan. Sally memujuk Fauzan ceraikan Ameena tetapi gagal. Sally hanyut dalam nafsu Fauzan. Sally meminta Fauzan bertanggungjawab.

Ketika tekanan yang tidak terbendung, Fauzan cuba bertindak untuk membunuh Ameena tetapi gagal. Ameena melarikan diri dan bersembunyi di rumah Salbiah. Fauzan cuba ugut Amena untuk keluarkan gambar bogel dan separuh bogel Amena di laman sosial. Ameena tertekan dan berusaha menceroboh rumah Fauzan bagi mendapatkan gambar tersebut tetapi gagal dan hampir meragut nyawanya. Dia menggunakan staff pejabat Fauzan untuk memadam gambarnya yang mungkin tersimpan dalam telefon Fauzan.

Sebagai bukti fakta, Peguam Ameena berjaya mendapat rakaman gambar dan video dari seorang remaja, Johan yang tinggal di hadapan rumah Fauzan. Hobi Johan ialah untyuk mengintai dengan teropong dan kameranya pada setiap kejadian di sekitar rumah jirannya. Sejak semasa hidup bebas Fauzan dan Ameena, Johan tidak terlepas peluang merakamkan keganasan Fauzan dan pelbagai pergerakannya.

Apabila Fauzan terhidu Johan banyak menyimpan bahan kes, Johan menjadi mangsa Fauzan. Lalu apakah kesudahannya? Mampukah Ameena meraih semula haknya yang dicabuli Fauzan? Ikuti kesudahannya hanya di TV1.

Lara Ameena dibintangi pelakon Iqram Dinzly, Zarina Zainordin, Zarynn Min, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisyam dan Ezany Nizariff, drama rantaian bertajuk ‘Lara Ameena’ ini bakal menemui penonton mulai 9 Mac depan, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi di TV1.

ep2p-2