Kostum Super-Bro Cicakman 3 Kurang Selesa

Pelakon Fizz Fairuz akui agak terseksa dan kurang selesa apabila memakai kostum Super-Bro ketika penggambaran. Ini kerana, ‘material’ yang digunakan berat dan menyukarkan dirinya untuk bergerak bebas dan ingin membuat aksi-aksi yang mencemaskan.

“Saya memerlukan 3 jam untuk memakai kostum ni, jadi saya adalah orang yang paling lama untuk bersiap di set penggambaran.

“Bagaimanapun ia amat berbaloi buat diri saya untuk melakonkan watak sebagai super hero, ini merupakan pengalaman pertama dan menarik untuk saya,” ujar Fizz

Fizz ditemui wartawan di Majlis Tayangan Perdana Filem Cicakman 3 di e-Curve Mutiara Damansara turut memberitahu kesemua aksi lasak dan pergaduhan yang dilakukan bersama Cicakman bukan 100 peratus dia lakukan.

“Aksi gaduh dan lasak memang saya tak lakukan sepenuhnya, ini semua atas nasihat pengarah dan produksi. Ia dilakukan oleh ‘stunt’ yang terlatih dengan mengunakan kostum yang lebih ringan berbanding kostum saya.

“Saya kalau diberi peluang memang nak buat semua aksi lasak tu, memandangkan saya bukan pakar dan profesional untuk ‘fighting’ jadi saya akur,” seloroh Fizz mengakhiri bicara.

Kostum Super-Bro Cicakman 3 Kurang Selesa - Fizz Fairuz

Haa, untuk pengetahuan korang filem Cicakman3 akan berada di pawagam 12 Mac ini. Jadi kepada semua jom beramai-ramai ke pawagam. Naikkan mutu industri kita. Filem kita semakin hari semakin kurang sambutan. Jadi andalah yg patut membantu industri ini. Apa tunggu lagi? Bagitau kawan-kawan, jom ke pawagam yang berdekatan !

6 total views, 6 views today

ep2p-2