Kenaikan Caj Rawatan di Klinik Swasta Naik 2015?

kenaikan caj rawatan

Kenaikan Caj Rawatan di Klinik Swasta Naik Tahun 2015 Doktor (RM30 – RM125) dan Doktor Pakar (RM125 – RM235) : Tidak lama sahaja lagi, rakyat Malaysia akn dihidangkan dengan satu lagi berita yang kurang menyenangkan apabila caj perkhidmatan dan rawatan di klinik swasta akan berlaku kenaikan dengan pemwartaan Akta kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 apada akhir tahun 2014.

Jikalau sebelum ini caj konsultasi doktor di klinik swasta ditawarkan antara RM10 – RM35, selepas ini akan naik kepada RM30 – RM125. Sudah bersedia semua?
Manakala caj konsultasi dari doktor pakar pula akan dinaikkan antara RM125 – RM235 manakala caj prosedur perubatan juga dinaikkan antara 14 hingga 18 peratus.
caj tambahan 50 peratus akan dikenakan kepada anda jika anda sebagai pesakit mahu berjumpa dengan doktor di luar waktu puncak iaitu dari pukul 6 petang hingga pukul 8 pagi.
Jika anda mahu doktor datang rumah, caj yang akan dikenakan kepada anda adalah 100% lebih mahal daripada caj dan harga kebiasaannya
Caj minimum untuk proses bius di bilik kecemasan RM265.
Rawatan asas untuk radiasi dan tumor (RM860 – RM1,715)
Kenaikan bayaran untuk rawatan pergigian naik kepada antara RM30 hingga RM285.Kenaikan Caj cabut gigi naik antara RM40 – RM250 kepada RM45 – RM285

P/S : Apa kata anda semua? Belum lagi buat dr diagnose dan kemudiannya pesakit perlu beli ubat di farmasi. Ehemmm….patient beli ubat kat farmasi……



Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-2