Kemunculan Gajah Putih jadi petanda mula Pilihanraya di Myanmar..

Ingatkan negara Thailand jer gunakan gajah putih.. Ni tidak, kat Myanmar pun ade..  Disana,ia seolah-olah  petanda nasib baik dan simbol kekuasan.Oleh itu, memang sesuai kalau ia digunakan untuk piliharaya. Macam-macam betul.. Lawak pun ade.. Tak pasal-pasal gajah dapat nama..

Biar betul? So, lepas ni ,kalau ada pilihanraya, kena bawak gajah putih sekali ker? Akhbar berbahasa Inggeris Myanmar, The Global New Light of Myanmar melaporkan haiwan dengan kulit sedikit berwarna merah jambu itu sebenarnya ditangkap di sebuah hutan simpan di kawasan Delta Irrawaddy dan dikenali sebagai Pathein.

Ia merupakan gajah putih yang kesembilan yerr.. Gajah betina itu juga dianggarkan berusia tujuh tahun dengan ketinggian 1.9 meter.

Walaupun digelar ‘gajah putih’, haiwan yang dipuja itu sebenarnya tidak berwarna putih sepenuhnya, tetapi memiliki beberapa ciri unik termasuk kulit yang sedikit merah jambu.

Khurafat yerr kalau korang anggap gajah pembawa berita baik okay.. Sapa menang pilihanraya pun takpe, asalkan bijak mentadbir negara sudah.. Tak gitu?? ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-2