Kedai makan ni dah mula caj GST pada pelanggan.

Amboii.. Cekik darah betol kedai makan ni, suka-suka hati dia ja nak caj GST dekat pelanggan.

Itu dah satu hal, yang paling kurang hajor.. GST mana mula lagi abang oi kahkahkah.

Mahal sungguh GST yang dia caj, sampai lima ringgit pulak tu perhhhh ! Terkeluar balik nasik yang makan tadi tu haha !

Kedai kat mana tak tahu la. Tapi yang Gomez mushkil.. Bil harga makanan yang ada caj GST ni betul ke palsu je.

Mana la tahu kot-kot dorang nak gurau-gurau je kan. Tapi kalau bil ni memang betul, ish ish ish tak patut sungguh tokey kedai ni buat macam ni.

Cukup setahun dah boleh beli Ferarri la dia. Dapat pulak buat bungle bertingkat-tingkat kan. Masyukkkkk habisss !

Setahu Gomez la kan, barangan keperluan asas tak dikenakan GST, soo memang tak munasabah la kalau kat kedai makan pun nak dikenakan GST.

Tapi entah la, pening jugak la kepala fikir pasal GST hahaa. Kalau ye pun nak caj jangan la mahal sangat. Kang taka da orang pulak nak mai makan haha ! -TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small