“Kami tetap kawan baik walaupun bercerai..” – Zamarul dan Diana Rafar

Sebelum ini industri hiburan kecoh bila mendengar khabar angin hubungan pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisham sedang mengalami pergolakan.. Semalam Zamarul telah membuat pengakuan yang membuatkan ramai orang terkejut..

Rupa-rupanya mereka ni dah bercerai sejak 15 Januari lalu lagi.., bila dah macam ni terjawab lah sudah teka-teki yang bermain di fikiran kita semua.. Diana yang selama ini bila ditanya soal hubungan mereka asyik berdiam diri..Kini dah mula bersuara dan meluahkan isi hatinya..

“Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu. “Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.

Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul.” Katanya..

Kalau korang nak tahu Zamarul sebelum ini ada maklumkan dia masih lagi sayang kat bekas bini dia ni.. Mungkin mereka ni boleh berbaik semula? Miss A harap pasangan ni dapat berbaik semula.., tak syok la tengok artis kita ni tak habis-habis dengan cerai je..

Pasangan ni dah 6 tahun bergelar suami isteri dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kashfi Haiqal.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small