“Kami minta pengampunan bukan kerana Anwar Salah..” – Wan Azizah

Keluarga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu, telah menghantar petisyen pengampunan diraja ke Istana Negara, dimana hari tersebut merupakan hari terakhir sebelum tempoh 14 hari yang dibenarkan Perlembagaan tamat.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang baru tampil kepada media selepas suaminya dijatuh hukuman penjara 5 tahun memberitahu, petisyen pengampunan Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong membuktikan suaminya dianiayai.

“Kami tidak memohon pengampunan diraja kerana beliau bersalah. Beliau tidak bersalah. Pengampunan dipohon kerana tidak berlaku keadilan,” kata Timbalan Ketua PKR.

Wan Azizah berkata, sebelum menghantar petisyen tersebut mereka sekeluarga telah berfikir panjang dan sedalam-dalamnya untuk memohon pengampunan ini.

“Seluruh ahli keluarga berfikir bagaimana kami dapat meneruskan untuk memohon pengampunan,”- katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Anwar kerana disabit dalam kes meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Selepas keputusan mahkamah dibuat, ada setengah pihak mendakwa Anwar merupakan mangsa politik yang dianiayai oleh Umno. -Alip Danial/Utaranews.com-.

ep2p-2