Kaka Azraff disamakan lembu kerana cincin hidung

Kaka Azraff disamakan dengan lembu kerana cincin hidung

Baru-baru ini penyanyi Kaka Azraff telah memuatnaik sekeping fotonya bergaya ala Bollywood di akaun Instagram (IG) dan ia telah disamakan seperti lembu.

Foto tersebut yang telah direpost semula oleh Kaka daripada akaun IG seorang pengikutnya mengundang pelbagai reaksi peminat.

Lebih teruk lagi apabila ada di antara pengikut yang menyamakan Kaka seperti lembu gara-gara sebentuk cincin hidung yang dikenakannya.

Namun menerusi satu laporan, Kaka berkata komen yang menyamakannya dengan seekor lembu sesuatu yang bersifat jahat dan tidak adil.

Bagaimanapun Kaka tidak mengambil hati terhadap komen tersebut kerana masyarakat tidak mengetahui cerita sebenar dia memakai aksesori itu.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Kaka berkata, gambar berkenaan diambil ketika menjayakan sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.

Jelas Kaka, dia memakai cincin hidung itu bagi menyesuaikan konsep yang diketengahkan oleh pelajar berkenaan iaitu Bollywood dan sebagai seorang model dia hanya mengikut tema yang ingin dilakukan.

ep2p-2