Kad TopUp PREPAID pun akan kena GST??? Biar betull..

Macam mana ni?? Korang semua dah sedia ke nak face to face dengan Good and Service Tax (GST) ni, Gomez cadangkan mulai sekarang ni baik korang sediakan tabung buat simpan duit syiling yang korang ada. Bukan apa, sebagai persiapan awal.

Haha ! Sebab dengar kata kad tambah nilai yang baru dah sampai. Kalau topap RM10 kena caj 60sen tau uolss !

Habis la duit syiling mak kena sapu lepas ni. Kalau sebelum ni tak kena caj apa-apa, tapi lepas kerajaan kuatkuasakan GST ni, nak tambah nilai pun kena caj.

Tapi tak pasti la sama ada gambar yang disebarkan ini betul ke tak. Dengar-dengar khabar angin macam itu lah. Nak tahu betul ke tak sama-sama lah kita tunggu masuk bulan April ni yer.

Jangan sampai caj masuk tandas pun naik harga sudah ler ye. Kalau caj masuk tandas pun naik, Gomez rela buang air kecil dalam botol je hahaa !

Korang rasa GST ni membebankan rakyat ke tak ek ?? Harga minyak naik, harga barang pun naik, gaji tak nak naikkan sekali ke? – TiraGomez/Utaranews.com

ep2p-5small