Jihad Ekonomi.. The Chicken Rice Shop akan jadi milik melayu!!

Sejak kebelakangan ini, sokongan terhadap produk muslim/bumiputera semakin meningkat dikalangan pengguna Islam di Malaysia. Alhamdulillah, kesedaran sebegini sepatutnya wujud didalam diri setiap individu berbangsa melayu/Islam demi kelangsungan ekonomi orang melayu di Malaysia yang menjadi penduduk majoriti.

Tidak dinafikan, penguasaan ekonomi negara oleh kaum bukan melayu sejak selepas merdeka sedikit sebanyak menjadikan bangsa melayu agak ketinggalan dari segi persaingan perniagaan. Bayangkan, kerajaan terpaksa memperkenalkan banyak skim-skim serta bantuan bagi menyuntik semangat orang melayu untuk menceburi bidang perniagaan.

TEKUN dan MARA adalah diantara beberapa medium yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu orang melayu untuk turut serta bersaing didalam bidang perniagaan bersama-sama kaum lain yang sudah lama bertapak didalam penguasaan ekonomi Malaysia.

Tak ketinggalan juga didalam jenis perkhidmatan penyediaan makanan. Sama ada jenis makanan segera, ataupun makanan yang berbentuk premis setempat, kaum bukan melayu diakui lebih berdaya saing dari segi kualiti serta penampilan produk mereka.

Yang kurangnya cuma satu, iaitu status Halal yang mereka perolehi untuk makanan yang disediakan. Jika difikirkan secara logik, status Halal inilah yang patutnya digunakan sepenuhnya oleh orang melayu untuk menguasai bidang perniagaan berasaskan makanan. Status Halal boleh dijadikan sebagai ‘senjata ampuh’ peniaga melayu untuk menembusi pasaran.

Siapa pernah makan di restoran The Chicken Rice Shop? Tahukah anda bahawa TCRS diasaskan oleh kaum bukan melayu dan juga milik bukan melayu? Tapi ramai diantara orang melayu yang memilih untuk makan di restoran tersebut. Kerana apa? Mungkin sebab melihat pekerjanya dikalangan orang melayu..

Terjaminkah status Halal di premis tersebut? Sudah tak adakah premis lain yang menjual nasi ayam yang boleh kita makan bersama keluarga?

Tetapi orang melayu seharusnya berbangga, kerana BRAHIM Holdings Bhd dilaporkan bersedia untuk mengambil alih TCRS didalam tempoh masa terdekat. Pernah dengar tentang jenama BRAHIM’S? Jenama ini popular kerana penyediaan makanan segera didalam pek yang turut digunakan oleh pihak MAS didalam setiap hidangan pesawatnya.

BRAHIM Holdings juga merupakan pemilik bersama francais makanan segera Burger King bagi Malaysia dan juga Singapura bersama-sama dengan Quantum Angel Sdn Bhd.

Pengambil alihan The Chicken Rice Shop oleh BRAHIM Holdings ini semestinya akan meningkatkan lagi penguasaan orang melayu/bumiputera didalam persaingan ekonomi negara. Dan langkah syarikat seperti Brahims ini harus dipuji kerana ia akan menjadikan lebih banyak produk makanan yang terjamin status Halalnya tersedia untuk umat Islam di Malaysia.

Lebih banyak produk melayu/bumiputera, lebih luaslah penguasaan ekonomi umat Islam di negara ini. Dan tugas kita sebagai pengguna, sokonglah produk umat Islam yang sudah semestinya Halal. Jihad ekonomi sebenarnya bermula dari diri kita sendiri sebagai pengguna. Sokong produk Bumiputera/Islam. Sokong perniagaan bangsa melayu! – Chewan/Utaranews.com

ep2p-5small