Izzue Islam Tetapkan Pendirian

Syarat untuk tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam mana-mana lakonannya telah ditegaskan pelakon kacak, Izzue Islam, sejak tahun lalu lagi. Izzue Islam telah menetapkan pendirian itu menerusi “Izzue Islam Letak Syarat Tiada Adegan Sentuh Wanita“.

Walaupun sebelum ini, drama bersiri Aku Isterinya, bersama aktres cantik, Anzalna Nasir, pernah mencetuskan kontroversi kerana keputusan itu, namun Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, tidak menganggap ianya sebagai satu halangan untuk terus beraksi dalam bidang lakonan.

Malah, menurut pelakon kelahiran Che Siti Wan Kembang ini, ada pelbagai cara lain lagi untuk menterjemahkan babak-babak intim dan mesra tanpa bersentuhan.

“Saya mengambil keputusan ini bukan sebab dipengaruhi oleh sesiapa, bukan kerana status mahupun keluarga. Ia adalah pendirian saya sendiri sebagai selebriti di mana saya merasakan sudah tiba masanya untuk membuat perubahan.

“Faktor usia juga memberi saya banyak pengalaman dan lebih matang dalam membuat sesuatu tindakan. Malah, saya tidak merasakan keputusan saya akan menimbulkan isu di lokasi penggambaran kerana sebelum menerima tawaran, saya akan memberitahu syarat-syarat ini kepada pengarah dan produksi terlebih dahulu.

BACA:- 7 Gambar Romantik Izzue Islam Bersama Isterinya Awin Nurin & Puisi Romantis Izzue Islam Buat Awin Nurin Sempena Tahun Baru

“Alhamdulillah, setakat ini, mereka memahami dan menerima pendirian saya. Malah, peminat juga tidak menjadikan isu ini sebagai satu masalah besar untuk terus menyokong karier seni saya sehingga kini,” katanya yang kini muncul dengan drama bersiri, Suami Sebelah Rumah, bersama Ayda Jebat.

Dalam perkembangan lain, Izzue Islam memberitahu filem lakonannya, Sunti@Facebook, sedang di tayangkan di pawagam manakala Suami Aku Ustaz dan Tujuh Dimnesi Alif bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Izzue Islam Tetapkan Pendirian

Izzue Islam disamping isteri tercinta

Meskipun industri menerima lambakan muka-muka baharu, namun Izzue melihat situasi ini sebagai persaingan sihat dan tidak menjejaskan kerja-kerja lakonannya.

“Bagi saya, tingkah laku dan disiplin adalah satu faktor untuk membolehkan seseorang selebriti itu bertahan dengan lebih lama. Selebihnya adalah komitmen yang diberikan untuk kerja-kerja lakonan agar ianya sentiasa diperbaiki dan memberikan hasil yang terbaik,” katanya.

Baguslah kalau Izzue Islam sendiri dah tetapkan pendirian macam tu. Lagi pula kita orang Islam. Kita pun dah sedia maklum dan tahu sebagai orang Islam HARAM bersentuhan dengan bukan mahram.

6 total views, 6 views today

ep2p-2