Isteri kena cerai sebab degil minum air Pepsi..

Pelik tak kalau Gomez cakap yang seorang wanita ni diceraikan sebab dia nak bermanja-manja dengan suami dia masa kat atas kapal terbang. Nak pegang tangan je pun kena cerai, hahaa pelik kan. Mungkin dia malu kot, mana tahu isteri dia tak cantik ka hihi.

Tapi ada yang lagi pelik dari tu, wanita ni diceraikan oleh suaminya sebab dia minum air tin Pepsi. Uihhhh !! Tak kan nak minum air gas pun tak boleh, mungkin suami dia ni nak jaga kesihatan kot, atau pun jenis boikot barang luar ni.

Kejadian ini berlaku di Riyadh dan cerita ini dikongsikan oleh seorang pakar rumah tangga Arab Saudi, Dr Abdul Aziz Al-Zeer dalam satu program televisyen.

Sebelum ni suami wanita itu larang dia minum air tin Pepsi tu, tapi mungkin sebab dah ketagih sangat si isteri ni pun minum la masa suami dia tak ada kat rumah. Biasa la manusia ni benda yang kita larang tu la yang dia nak buat sangat.

Tup tup boleh pulak terkantoi, suami dia terjumpa bekas tin minuman tu, apa lagi terus kena cerai walaupun dah lama kawin dan dah ada empat orang anak.

Hahaaa.. Dahsyat sungguh noh dia punya penangan. Apesal la yang dia tak bagi sangat isteri dia minum. Pepsi je pun haishh macam-macam. -TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2