Insurans Kaki Taylor Swift RM120 Juta?

Fuh! jumlah RM120 Juta tersangat lah besar,dengar cerita selebriti terkenal Hollywood Taylor Swift mengambil tindakan untuk menginsuranskan kakinya dengan nilai setinggi USD 40 juta (RM120juta). Kini dia tidak perlu lagi risau jika sesuatu yang berlaku kepada sepasang kakinya yang lincah itu.

Album ‘1989’ Taylor Swift Terlaris Sepanjang 2014 merupakan kejayaan terbesar buat Taylor Swift malah kini penyanyi tersebut mengambil berat terhadap aset yang memberikan dia langkah dan menyempurnakan tarian pada setiap persembahannya di serata dunia.

Menurut sumber terdekat penyanyi ini, mereka memandang tinggi harga sepasang kaki penyanyi pujaan ramai itu dan ia berpatutan dengan risiko yang sering dihadapi Taylor setiap kali beraksi di pentas.

Taylor Swift

“Ia kedengaran seperti satu jumlah yang mengarut tetapi cuba anda bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kaki Taylor, dia tidak dapat lagi memberikan gaya serta identiti dirinya dipentas ketika membuat persembahan.

“Kariernya yang dinilai kini berharga USD 200 juta itu akan berhadapan dengan masalah yang sangat besar,”

Taylor Swift dikatakan malu dengan kenyataan mengenai nilai sepasang kakinya itu namun tidak menyangka bahawa ia mampu mencecah harga setinggi itu kerana sebelum ini Taylor merasakan nilai sebenar sepasang kakinya hanyalah lebih kurang sejuta.

52 total views, 52 views today

ep2p-2