Hutang Negara Malaysia 2015 (RM847.9 bilion) GDP Kerajaan

hutang negara

Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI)  Kepada Kerajaan Malaysia! : Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.

Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia“. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.

Jikalau sebelum Beirta Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

BACA SINI : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!
Hutang Negara Malaysia Terkini 2015 Terus Naik!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32
bersamaan RM847.9 bilion.

Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.

PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia pun sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada yang di bawah.



Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-2