Heroin ‘I Love U Mr Arrogant’ adalah seorang Lesbian??? Fuhhh!!!!

Kesian pulak Miss A dengan nasib yang menimpa heroin drama ‘I Love You Mr Arrogant,’ Zara Zya..

Tak pasal-pasal Zara dikatakan mencintai kaum sejenis.. Amboi mentang-mentang dia tak ada gosip bercinta.., terus orang nak label dia cinta kaum sejenis..

Untuk kepastian jom kita dengar penjelasan dari tuan punya badan sendiri.., tak baik nak tuduh tanpa bukti ni.. Tetapi isu ni sebenarnya dah lama dibangkitkan, cuma Zara je malas nak ambil tahu..

“Saya rasa modal cerita sebegini sudah lapuk apabila melihat saya tidak mempunyai kekasih macam-macam orang cuba reka cerita. Saya masih pencinta lelaki dan waras untuk berfikir perkara yang hakiki.

“Sebelum ini pun hanya kerana saya mempunyai pengurus yang berperwatakan tomboi, ada pula yang cakap saya mempunyai hubungan dengannya. Saya sendiri tak tahu macam mana isu ini boleh timbul,” katanya..

Zara sendiri mengakui dirinya masih solo, dan dia duk tunggu je mana-mana lelaki yang datang meminang.. Wow.. siapa rasa berkenan dengan Zara ni cepat-cepat la datang masuk meminang.. Tuan punya badan dah bagi ‘green light’.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small