Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang semalam.

Menurut info daripada Berita Harian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah. Allahyarham dipercayai dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.

Hakeem Sofi merupakan anak kepada Allahyarham Harun Salim menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu yang sebelum ini ayahnya menghidap asma sejak kecil dan semakin serius dan kerap sejak dua tahun lalu.

“Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayah mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas berkenaan,”

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia2

Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.

Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Harun Salim. Dunia hiburan kini kehilangan seorang seniman yang sangat berbakat dan berjasa dalam dunia seni. Memang terasa cukup kehilangan namun sebagai seorang hamba Allah redha adalah jalan terbaik dan mendoakan supaya Allah mencucuri rahmat terhadap arwah.

6 total views, 6 views today

ep2p-2