Harrison Ford cedera dalam nahas kapal terbang

Harrison Ford cedera dalam nahas kapal terbang

Pelakon Harrison Ford telah mengalami kecederaan dalam nahas pesawat ringan di Los Angeles.

Bintang berusia 72 tahun daripada Indiana Jones dan filem Star Wars dilaporkan mengalami kegagalan enjin dan terpaksa mendaratkan pesawat vintaj di atas padang golf Venice. Dia merupan pemandu pesawat tersebut.

Dia masih bernafas dan sedar ketika pasukan perubatan tiba dan mereka membawanya ke hospital , kata seorang jurucakap jabatan bomba.

Anaknya Ben, seorang tukang masak di Los Angeles, kemudian menulis satu tweet dari hospital: “Ayah OK, masih terkejut tetapi OK!

Jurucakap beliau berkata: “kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa, dan beliau dijangka akan pulih sepenuhnya,” 

ep2p-5small