Haron Din support Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS.. Cayalah!!!!

Mursyidul Am PAS yang baru di lantik Datuk Dr Haron Din menggesa semua ahli PAS mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Parti pada pemilihan yang akan diadakan nanti walaupun terdapat khabar angin mengatakan ada calon bakal menjadi bekas Menteri Terengganu itu.

Haron berkata, secara peribadinya beliau merasakan Abdul Hadi masih layak memegang jawatan tersebut memandangkan Presiden PAS itu masih relaven untuk mentadbir parti pada penggal akan datang.

Beliau melihat situasi ketika ini membuktikan kebanyakkan ahli parti masih menaruh kepercayaan terhadap Abdul Hadi meskipun sudah ada cawangan PAS dari Kelantan mencadangan pemimpin lain bagi merebut jawatan tersebut.

“Pas Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu)

“Belum masa untuk Pas menukar presiden.

 “Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli Pas rasa belum perlu tukar presiden,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ketika mengulas mengenai cadangan melantik Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man oleh PAS Kota Bharu, beliau menyifatkan cadangan tersebut merupakan hak cawangan tersebut dan ia tidak menjadi kesalahan.

“Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden?

“Mungkin ahli itu ada pandangan masing-masing, ada pendirian sendiri. Kita tunggu dan lihat selepas ini sama ada terdapat kawasan lain yang akan suarakan juga mahu ganti presiden,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Majlis Syura Ulama kerana memberi kepercayaan untuk mengantikkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS berkuatkuasa semalam.

Menurut beliau, keputusan melantik Mursyidul Am PAS pada mula tidak dipersetujui oleh dirinya memandang pemilihan parti bakal diadakan pda pertengahan tahun ini namum cadangan tersebut dibantah oleh Majlis Syura Ulama.

“Telah berlangsung mesyuarat (Majlis) Syura Ulama Pas dua hari lalu dan telah berbincang (mengenai) jawatan Mursyidul Am Pas.

“Kesanggupan (terima jawatan mursyidul am) memerlukan kepada kemuliaan yang ketara. Saya (suarakan saya) ada kelemahan yang ketara.

“…Tetapi semua hujah ditolak dan sebulat suara pilih saya. Atas kehendak itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Berdiam diri dan dalam kata lain protes senyap sahaja,” ujar Haron lagi. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

ep2p-2