Sepang – Dengan hanya satu perlawanan persahabatan antarabangsa dapat diatur bertemu Oman, Khamis ini, skuad Harimau Malaya berpeluang menghadapi kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham pada aksi persahabatan di ibu negara, 27 Mei ini.

Ia juga sebagai persiapan terakhir menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2018 merangkap Kelayakan Piala Asia 2019 bermula 11 Jun ini.

Menurut Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh, kesuntukan masa untuk mengadakan lebih banyak aksi persahabatan antarabangsa tahun ini berikutan jadual padat Liga Malaysia menyebabkan dia akan menggunakan aksi bertemu Tottenham itu sebagai antara peluang terakhirnya menguji pemain.

“Setakat ini, tiada perlawanan antarabangsa lain dapat disahkan kecuali aksi bertemu Tottenham pada 27 Mei ini selain aksi bertemu Liverpool pada 24 Julai ini.

Dollah dan 20 pemain Harimau Malaya berlepas ke Muscat, Oman untuk menghadapi aksi persahabatan menentang Oman.

Undian untuk dua saingan kelayakan yang berlangsung secara serentak itu akan diadakan di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil, 14 April ini.