Gaji, Pendapatan, Harta, Simpanan Rafizi Ramli RM1.56 Juta.

Rafizi Ramli

Sejarah Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan Rafizi Ramli RM1.5 Juta : Jikalau Pakatan Rakyat ada permata dan mutiara bernama Rafizi Ramli, UMNO juga ada kelibat Khairy Jamaluddin. Hari ini, tidak semena-mena seoarang ahli Parlimen yang bernama Rafizi Ramli telah mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan yang telah terkumpul sejumlah RM1.5 juta. Banyak?

Senarai Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan Rafizi Ramli RM1.56 Juta

Nilai aset Rafizi Ramli yang bernilai RM1.5 juta merangkumi :

Hasil gaji dan pendapatan di sebagai Pengurus Kanan Petronas (RM25,000 sebulan) dan bonus Petronas antara 8 hingga 12 bulan yang bernilai RM300,000 hingga RM500,000. Manakala ketika menjadi Pengurus Besar Pharmaniaga Rafizi Ramli menerima gaji dan pendapatan RM32,000 sebulan dan menerima bonus 3 bulan bonus. Dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli menerima RM15,000 sebulan (RM195,000 setahun)
Amanah Saham Bumiputera (ASB) : RM212,000
Tabung Haji : RM464,372
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja : RM644,909
CIMB : RM15,627
Saham Boustead Holdings (100 unit) : RM500
Nilai serahan polisi Insuran Pridential : RM29,936
Kondominium Bukit Antarabangsa : RM322,000
Kereta Honda Accord : RM126,000 (nilai semasa)
Kereta Honda CRV : RM130,000 (nilai semasa)
Kereta Honda Civic : RM15,000

BACA LAGI SINI : Debat Rafizi VS Khairy. Anda Mahu Mansuh PTPTN @ Kekalkan Sistem PTPTN Yang Ada Sekarang?

Berita Semasa bersetuju dengan saranan Ketua Menteri Idris Haron selepas sahaja Rafizi Ramli mula mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan yang dimilkinya. Kata Idris Haron seseorang ahli politik sepatutnya mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan ketika hari pertama bergelar ahli parlimen contohnya dan sekali lagi selepas 5 tahun selepas itu.

Dan juga Idris Haron sarankan supaya bukan sahaja harta Rafizi ramli didedahkan, malah harta isterinya juga perlu didedahkan kerana kebarangkalian Rafizi menggunakan nama isterinya untuk sesuatu aset lain tetap ada.

Cadangan dan saranan yang bagus. Mungkin Idris Haron boleh tunjukkan contoh dan tauladan kepada ahli parlimen yang lain bagi mendedahkan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan anda pula? Mungkin akan menjadi ikutan kepada yang lain pula?

P/S : Berita Semasa ternanti-nanti pengumuman pengistiharaan Gaji, Pendapatan, Harta dan Simpanan daripada Najib Razak, Bung Mokhtar Radin, Khairy Jamaluddin, Tony Pua, Nurul Izzah Anwar dan juga Khalid Samad pula. Bagaimana?



Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-5small