Fifth Harmony Semakin Menyerlah

Girl Band paling popular ketika ini, Fifth Harmony yang dicungkil daripada rancangan realiti The X-Factor Amerika Syarikat (AS) musim kedua jelas semakin hebat meraih pengikutnya tersendiri. Walaupun tidak menjuarai program itu, tetapi kumpulan dibarisi Ally Brooke Hernandez, Normani Kordei, Dinah Jane Hansen, Camila Cabello dan Lauren Jauregu ini lebih menyerlah sekarang.

Fifth Harmony semakin dikenali dengan single terbaru berjudul Sledgehammer sekarang ini, kehebatan Fifth Harmony turut menarik perhatian wanita pertama AS, Michelle Obama gara-gara lagu berjudul BO$$ yang membawa mesej cukup besar serta ada kaitan mengenai Obama sendiri.

Meskipun hanya mendapat tempat ketiga dalam program realiti itu, mereka berjaya mengumpul peminat sendiri dan sekarang semakin bertambah.

Menggelarkan peminat mereka sebagai Harmonizers, Normani sendiri mengakui tidak sangka mendapat sambutan luar biasa di laman sosial terutamanya.

Fifth Harmony Semakin Menyerlah2

“Di X-Factor kami berjaya membina gerbang peminat kami sendiri namun sebaik pertandingan itu berakhir, kami sibuk pula dengan sesi rakaman dan berdiam sebentar. Jadi bila mendapat tahu peminat kami seramai itu, kami sendiri tertanya mereka semua dari mana?”

Fuhh! makin ramai peminat. Persembahan pula makin mantop gituh! . Ahakss!

4 total views, 4 views today

ep2p-5small