Fathia Enggan Ulas Mengenai Kes Putus Cinta

Terdahulu Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta namun tiada angin tup-tup “Fathia Latiff Akui Hubungan Cinta Berakhir“. Bagaimanapun “Fathia menjelaskan Putus Cinta Bukan Kerana Orang Ketiga – Fathia“

Perpisahan kedua pasangan ini pastinya membutkan ramai peminat sedih namun tak lama selepas itu muncul berita gembira apabila “Fathia Kini Berbaik Semula Dengan Aiman Hakim Redza“

Walaubagaimanapun Pelakon jelita, Nur Fathia Latiff enggan mengulas lagi mengenai hubungan cintanya dengan Aiman yang dikatakan putus baru-baru ini. Kembali menjalinkan semula hubungan bersama aktor Aiman Hakim, Fathia menganggap itu merupakan asam garam perhubungan cinta.

“Biasalah, dalam sesebuah perhubungan pastinya ada ups and down. Begitu juga hubungan saya dengan Aiman. Sekarang kami menjalin hubungan seperti biasa. Semuanya baik-baik sahaja dan hubungan kami getting better,” kata gadis ini.

Tak mahu orang bercakap lagi mengenai kisah lama mereka, Fathia mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka berdua.

Menarik artikel berkaitan:- “Video, Gambar Pertama Fathia Dan Aiman Setelah Kembali Bercinta“

Advertisement

“Saya tak mahu cakap apa punca perkara itu terjadi. Biar saya diamkan sahaja. Tak baik untuk saya bercakap mengenai perkara yang sudah lepas, saya rasakan tak best pula. Sekarang ini hubungan kami okay dan saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik bagi hubungan saya dengan Aiman,” ujarnya lagi.

Menyerlahkan bakat nyanyiannya dengan menyanyikan lagu duet bersama Aiman secara live di majlis Anugerah Drama Festival KL 2015 baru-baru ini, Fathia mahu serius dalam bidang nyanyian jika diberikan peluang.

Fathia Enggan Ulas Mengenai Kes Putus Cinta

“Sebenarnya saya memang lebih minat menyanyi berbanding berlakon. Tapi rezeki saya lebih berpihak kepada bidang lakonan dan saya gembira dengan perkara tersebut kerana ianya adalah ketentuan rezeki. Namun begitu, jika diberi peluang, saya mahu serius dalam bidang nyanyian dan akan pergi belajar cara nyanyian di kelas vokal sekiranya ada kesempatan,” ujarnya menutup bicara.

Semoga hubungan yang terjalin kekal ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat sebab dengar-dengar khabar kedua pasangan ini sudah membuat perancangan menerusi “Video Pengakuan Nur Fathia Dan Aiman Hakim Sudah Buat Perancangan” namun “Aiman Hakim Dan Fathia Tangguh Kahwin” kerana punya alasan tertentu. Apapun cepatlah kahwin yer, Oppss !

1,406 total views, 1,406 views today

ep2p-2