Fasha Sandha “culik” anak Nora Danish

Fasha Sandha dan Nora Danish antara artis yang Miss A kagumi, walaupun Nora dah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Jejai.. Dia masih lagi berhubungan baik dengan keluarga Jejai termasuk Fasha..

Tak salah pun kalau berbaik-baik dengan bekas suami untuk kebahagian anak-anak.. Ye dak? Ni kalau dah cerai ja tak mahu ada kaitan dengan bekas suami.. Apa-apa pun bekas suami tu adalah ayah kandung si anak..

Terbaru Miss A dapat tahu Fasha dan Jejai bawa anak Nora, Rayqal bersama-sama untuk bercuti dengan dua lagi adik tirinya..

Pastinya kalau dah bercuti bawa budak-budak, tempat yang paling sesuai ialah mengunjungi ‘Safari World Bangkok’.. Kadang-kadang tu sibuk macam mana kena la jugak luahkan masa bawa anak berjalan-jalan..

Disebabkan Fasha dan Jejai ni dah ‘culik’ Rayqal, Nora melalui laman Instagramnya meluahkan rasa rindunya pada Rayqal.. Iyalah, selalu melekat je dengan Rayqal, tiba-tiba hilang.. Tu yang rindu tu..

Sebagai seorang ibu yang sporting Nora pun mesti nak Rayqal berseronok dengan dua orang adik tirinya.. Bolehlah Nora ‘dating’ berdua je dengan Nedim..hehehe

Semoga hubungan yang terjalin antara Rayqal dan adik-adik tirinya ni tak akan putus.. Miss A jugak harap perkara seperti ini akan menjadi ikutan buat selebriti lain yang dah bercerai tu.. Cuba contohi sikap Nora dan Fasha ni, baru bagus.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2