Emma Maembong Masih Beri Sokongan Kepada Zizan Razak

Memang ramai yang terkilan dan tidak menyangka “Emma Maembong Sah Sudah Putus Cinta Dengan Zizan Razak“. Bagi menjawab persoalan punca yang menyebabkan mereka berdua berpisah, Zizan tampil memberi kenyataan “Niat Beli Kereta Mewah Punca Zizan Razak Putus Cinta“.

Walaubagaimanapun, selepas berpisah Emma Maembong mengakui masih memberikan sokongan kepada kerjaya bekas kekasihnya, Zizan Razak serta tidak menolak seandainya ditakdirkan untuk mereka kembali bersama.

Emma enggan mengulas lanjut mengenai sebarang perancangan kembali bersama dan memilih untuk menyerahkan kepada jodoh serta tidak memanjangkan episod perpisahan mereka.

“Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?

“Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya,” kata Emma ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Emma, buat masa sekarang mereka belum mempunyai sebarang perbincangan untuk kembali bersama dan ingin fokus dengan kerjaya masing-masing. Tambah Emma lagi mereka berdua masih lagi berkawan baik serta masih menjadi pendengar setia disaat mereka memerlukan satu sama lain.

“Orang luar membuat andaian bahawa saya berada disamping Zizan ketika dia senang saja adalah tidak benar sama sekali. Saya ada untuk menyokongnya ketika Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia, kes mahkamah serta banyak lagi.

Emma Maembong Masih Beri Sokongan Kepada Zizan Razak

“Saya sentiasa ada untuk dia. Saya tidak pernah cakap saya benci dia dan kami tidak bermusuh. Walau sekarang pun dia panggil saya untuk bercerita masalah, saya ada untuk dia. Siapalah saya untuk menghukumnya namun buat buat sementara waktu biarkan dulu. Jika betul ada jodoh antara kami maka kahwin terus dan tidak perlu bercinta,” kata Emma lagi.

Hurmm nampak gayanya memang betulla mereka sudah berpisah. Sedih memang sedih! Yang pasti ramai peminat diluar sana  masih mengharapkan Emma dan Zizan kembali bersama. Apapun Ida Melly doakan yang terbaik untuk hubungan mereka.

30 total views, 30 views today

ep2p-5small