Elfira Loy Akui Baim Wong Sedia Untuk Kahwin

Baru-baru ini berlangsungnya majlis hari ulang tahun kelahiran Elfira Loy yang cukup meriah. Lebih panas apabila Elfira LOy tampil berhijab pada majlis hari jadi tersebut. Sangat cantik tau!

Lebih sensasi dengan kehadiran Baim Wong pada majlis tersebut dengan kesanggupannya terbang jauh dari Jakarta semata-mata untuk meraikan sama hari ulang tahun kelahiran Elfira Loy. Dari pandangan mata penulis pihak lelaki bagaikan bersungguh-sungguh ingin memenangi hati yang tersayang. Paling hot dengan ‘Pengakuan Baim Wong Tentang Hubungan Dengan Elfira Loy‘.

Cuma jawapan yang diberikan oleh Elfira Loy bagaikan pula seakan-akan memberi peluang kepada lelaki lain di luar sana untuk menambat hatinya sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya status mereka ketika ini.

Elfira Loy Akui Baim Sedia Untuk Kahwin3Menarik :- 8 Foto Meletop Elfira Loy Jadi Rejoice Girl

Menurut Elfira Loy :-

“Sebetulnya saya tidak suka bercinta dengan orang itu atau orang ini. Saya tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki atau bersilih ganti bertukar lelaki di dalam hidup saya. Kalau boleh saya hanya mahu mencintai seorang lelaki dan mengahwininya,”

“Siapa-siapa pun boleh jadi calon suami saya kalau mereka mahu mengahwini saya. Tetapi saat ini, hanya Baim saja yang mahu melangkah ke fasa yang seterusnya,”

Elfira Loy Akui Baim Sedia Untuk Kahwin2

Penulis yakin mereka berdua sedang serius bercinta, sebab itulah Baim Wong bertindak ingin lebih serius dalam hubungan mereka. Apa-apa pun keputusan Elfira, kami pasti ramai peminatnya yang sangat bersetuju dua jiwa ini disatukan dengan ikatan yang sah. Semoga memberikan perkhabaran gembira kepada peminat nanti. Opss!

78 total views, 78 views today

ep2p-5small