Drama Cinta Ibadah persenda Islam kerana adegan seks luar nikah..

Siapa peminat drama Cinta Ibadah? Miss A tak tengok sangat cerita ni.. Tapi Miss A dapat tahu ni adalah drama terpanjang di Malaysia, dengan episod sampai 130.. Dah macam drama Indonesia pulak panjangnya..

Pelakon drama ni pun bukan pelakon biasa, boleh tahan famous jugak.. Antaranya Aishah Ilias, Fattah Amin, Sherry Ibrahim, Raja Ilya dan Hisham Hamid.. Ingat tak kecoh industri hiburan pasal Raja Ilya pegang telefon terbalik? Haa dalam drama ni la babak tu..

Nampaknya drama ni sekali lagi bikin panas, didakwa pengisian drama ni dianggap seperti mempersendakan Islam.. Macam mana jalan cerita drama ni sampai mempersendakan Islam? Kalau dah berkaitan dengan islam jangan dibuat main-main.. Bahaya!

Macam Miss A cakap tadi Miss A memang tak follow langsung jalan cerita drama ni.. Tapi ada satu artikel yang ditulis Miss J (Utusan Online) telah menjelaskan jalan cerita drama ni..

Mengisahkan tentang seorang isteri yang menghidap sakit barah telah mengupah seorang wanita lain untuk menyamar sebagai dirinya, sekaligus adakan hubungan seks luar nikah sebab suami tak sedar penyamaran itu..

Ramai juga antara penonton yang meluahkan rasa kurang selesa dengan jalan cerita yang mereka tampilkan ini.. Miss A yang dengar kali pertama jalan cerita drama ni pun hairan, macam ni pun boleh dipertontonkan pada umum?

Dah tak ada jalan cerita lain nak tulis agaknya sampai nak selitkan unsur-unsur negatif.. Macam-macam hal! Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2