Dia ni nak potong jari kalau Najib saman Harakah!!

Bekas Ahli PAS, Mohd Tamrin Abdul Ghafar menegaskan beliau sanggup ‘memotong’ jarinya jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertindak memfailkan saman terhadap portal Harakahdaily sepertimana dilaporkan sebelum ini.

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba ini berkata, beliau sangat yakin Najib tidak akan mengeluarkan saman terhadap portal berkenaan walaupun Perdana Menteri lantang menyuarakan perkara tersebut tetapi ia hanyalah satu ‘amaran’ bagi menakut-nakutkan pihak terbabit.

Beliau berkata, jika Najib mengambil keputusan untuk menyaman portal berkenaan ia akan menyebabkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anak tirinya, Riza Aziz terpaksa member keterangan di mahkamah sekaligus memberi kesan buruk terhadap kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah.

“Saya tidak nampak dia, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya Riza Aziz berani ke mahkamah untuk mendedahkan segala kelemahannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tamrin berkata, Najib sebelum ini pernah mengarahkan peguamnya menghantar surat untuk ‘menyaman’ Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ekoran kenyataan berhubung isu 1MDB didalam satu ceramah di Bandar Tun Razak tahun lalu namum sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Kalau kepada mereka pun Najib hanya berani gertak sahaja, inikan pula Harakah.

“Ia hanya nota tuntutan sahaja… Sekadar drama minggu ini sahaja,” kata Tamrin lagi.

Dalam satu laporan sebelum ini, Najib telah mengeluarkan amaran terhadap portal Harakahdaily untuk menarik balik kenyataan menfitnah diri dan keluarganya berhubung isu 1MDB yang dipetik di dalam artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)’ diterbitkan pada 19 Februari lalu.

Najib berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya menghantar surat kepada penulis artikel berkenaan iaitu Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu untuk menarik balik kenyataan tersebut atau berdepan tindakan undang-undang kerana menfitnah diri serta keluarganya.

“Saya mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut,” kata Najib. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

ep2p-5small