DAP P.Pinang arahkan PKR halau PAS dari Pakatan Rakyat.

Keinginan DAP untuk menyikirkan Pas dari Pakatan Rakyat kini boleh menjadi kenyataan apabila Pas berdegil dengan dasar perjuangan parti Islam itu untuk membentangkan pindaan rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

DAP Pulau Pinang hari ini menggesa PKR supaya menyingkirkan Pas dari gabungan Pakatan Rakyat (PR) gara-gara telah melanggar prinsip dasar PR.

Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata, Pas tidak lagi boleh dipercayai kerana berdegil membentangkan hukum hudud ini di DUN walaupun telah diberi amaran oleh PR.

Oleh itu, Jeff Ooi mahu hubungan PKR dan DAP bersama Pas diputuskan daripada peringkat kerajaan negeri, kerajaan tempatan, jawatankuasa pembangunan kampung dan keselamatan, penyelaras kawasan negerisehingga kepimpinan tertinggi parti peringkat kebangsaan.

“Pas kebangsaan mengkhianati kita. Kita tidak percaya dan tidak akan mempercayai mereka lagi,” kata Jeff Oi dalam kenyataannya hari ini.

Jeff Ooi mahu PKR segera menyingkirkan Pas dari PR secepatnya kerana Pas dikatakan mempunyai udang di sebalik batu dengan pelaksanaan itu.

“Ada udang di sebalik batu,” katanya

Beliau berkata, jika PKR lambat mengambil tindakan, nescaya Pas akan melaksanakan hudud di negeri pembangkang yang seterusnya iaitu Selangor kerana Pas juga dilihat sedang mengambil langkah untuk mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Katanya, jika Pas bergabung dengan 12 wakil daripada Umno dan Adun Bebas tunggal, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mereka akan mempunyai 28 wakil berbanding 13 wakil PKR dan 15 wakil DAP dan akan menyebabkan ketidakstabilan dalam PR.

“Objektif serta-merta Pas ialah untuk memudahkan kerajaan perpaduan dibuat untuk Umno dan Pas di Selangor. Elemen kerajaan perpaduan kini sudah muncul jelas.

“Ia adalah langkah strategik. Dengan membentuk kerajaan perpaduan, Pas dan Umno akan menyebabkan ketidakstabilan dalam PR. Selangor adalah sasaran pertama dan seterusnya ialah gabungan PR,” ujarnya.

 Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata DAP akan menyemak emula kedudukannya dalam PR susulan pembentangan rang undang-undang tersebut.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small