Cuepacs Tuntut Umur Persaraan Penjawat Awam 62 Tahun!

Umur Pencen 2015

Cuepacs Tuntut Umur Persaraan Penjawat Awam 60 Tahun Naik Kepada 62 Tahun! Apa Nasib Graduan Muda? : Agaknya Cuepacs sudah mula kehilangan arah untuk tampil membela nasib 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia. Sehingga dilihat sudah kekeringan idea dan buah fikiran untuk membuat tuntutan yang munasabah. Tidak habis-habis minta orang tua dan veteran untuk terus bekerja dan berkhidmat.

Mula-mula minta sambung umur bersara sehingga 60 tahun, sekarang minta tambah umur persaraan kakitangan awam menjadi 62 tahun
Jikalau lulus, minta umur bersara penjawat awam sehingga 65 tahun, kemudian 70 tahun?

Apapun tidak semua kakitangan kerajaan dan penjawat awam yang mahu bekerja sehingga 60 tahun. Kebanyakan yang mahu terus bekerja ini merasakan tidak selamat dan tiada persediaa di hari tua, tiada kelayakan dan kemahiran untuk duduk bertahan, makan gaji.

Baca SINI : Punca 88% Risau Duit dan Wang Simpanan Hari Tua Tidak Cukup? Jatuh Miskin Selepas Bersara! Apa Kata Anda?
Punca Umur Persaraan Penjawat Awam Kepada 62 tahun : Alasan Cuepacs?

Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat. Mengapa tidak Malaysia?
Malaysia sedang bergerak ke arah negara maju, yang mana kebanyakan negara maju sudah melanjutkkan umur bersara kakitangan awam mereka kepada 65 tahun
Ekonomi Malaysia tida menentu
Kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran…seperti pensyarah, kebanyakan mereka tetapi perkhidmatan mereka tidak lama dek kerana sudah menghampiri tempoh pencen
Setuju?

Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa kebanyakan “senior citizen” kerja sehingga 58 tahun sudah tidak mahu sambung bekerja lagi. mereka gunakan kelayakan yang mereka ada, kepakaran dan pengalaman yang mereka ada untuk bekerja pula dengan syarikat swasta sekaligus memberikan peluang kepada orang muda yang mahu dan berminat untuk kerja kerajaan.

P/S : Jikalau diluluskan juga, nampaknya lebih ramai kakitangan kerajaan yang akan memilih KWSP berbanding skim pencen dek kerana terlalu lama tunggu untuk mendapat pencen.

PP/S : Pernah Cuepacs Malaysia terfikir dengan nasib para graduan yang terus menganggur berjumlah berpuluh-puluh ribu setipa tahun dek kerana “orang lama” terus liat untuk meninggalkan kerusi panas di sektor kerajaan ketika mengusulkan cadangan umur persaraan penjawat awam naik kepada 62 tahun?

PPP/S : Kalau nak teruskan juga.. harap kerajaan buat satu ujian kecergasan dan kecerdasan serta medical checkup .. yang lulus sahaja boleh sambung umur bersara. Setuju?



Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-5small