Cuba Untuk Jadi Produktif? 11 Perkara Ini Akan Berlaku Pada Kamu

Cuba Untuk Jadi Produktif? 11 Perkara Ini Akan Berlaku Pada Kamu

Cuba Untuk Jadi Produktif? 11 Perkara Ini Akan Berlaku Pada Kamu

Ingin jadi produktif? Jika jawapan kamu ya, inilah hari yang bakal kamu hadapi:

1. Kamu tidur awal untuk memulakan hari yang produktif

 

2. Tetapi kamu bangun lambat dan juga lambat ke pejabat

 

3. Di pejabat, kamu cuma nak curi masa 3 minit untuk periksa Facebook

 

4. Sedar-sedar dah 3 jam kamu belek gambar anak-anak kawan kamu!

 

5. Kamu rasa kamu perlukan muzik untuk fokus pada kerja yang hendak kamu selesaikan.

 

6. Tapi sedar tak sedar kamu buang masa dua tiga jam cari lagu-lagu yang sesuai!

 

7. Kamu periksa email, mana tahu ada tugasan terkini.

 

8. Kamu dapat email notification yang kawan kamu tag kamu di Facebook.

 

9. Rupa-rupanya dia mahu kamu tengok video Youtube menarik – tentang bayi yang ketawa tanpa henti menyebabkan orang lain turut sama ketawa tanpa henti.

 

10. Kamu katakan pada diri kamu, okay satu video saja..satu video saja..

 

11. Tapi akhirnya kamu habiskan tengok berpuluh-puluh video bayi sedang ketawa.

 

12. Kamu tengok jam, lagi sejam waktu balik. Kamu nak habiskan masa ini dengan buat kerja.

 

13. Tiba-tiba, rakan di meja sebelah kata “Tengok tak gambar terbaru Ifa Raziah? Dah jadi viral! Check Facebook!”

 

Nampak tak permainannya di situ? Jadi kenapa nak susah-susah jadi produktif. Lek lek sudah.

ep2p-2