Cehh!!! Rahsia BMW Kuning penjual MLM kantoi didedahkan!!

Cehhh, sembang kencang pokok pun tumbang ! Kononnya kalau masuk MLM ni hidup boleh senang la, boleh pakai kereta mewah la, rumah besar lah. Lepas tu yg tak boleh blah income kalau dalam seminggu tu boleh cecah sampai ribu riban.

Perhhh bila dengar leleh je air liur ni haaa, cuci gigi harimau pun tak macam ni gajinya. Kerja tak teruk tapi duit banyak sape la nak bagi. Orang bodoh je yang percaya semua benda tahyul ni haha !

Baru-baru ni seorang ahli MLM terkantoi, kereta BMW yang kononnya dia dapat hasil dari MLM tu sebenarnya dia beli sendiri. Yela sebab nak tunjuk la kat korang , lepas dia masuk MLM terus dapat pakai BMW.

Harga 200k kot, last-last baru pakai enam bulan dah nak gadai balik sebab tak mampu bayar. Ehh kata duit banyak sangat kalau masuk MLM ni. Apesal tak mampu bayar pulak. Itulah mengarut ja kalau join perniagaan skim cepat kaya ni.

Bukan korang yang nak kaya, orang atas yang nak kaya. Korang yang jadi cacai kat bawah ni yang dok sara orang kat atas tu. Korang makan taik dia je huhu.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small