Buta Perut!! Kucing ditemui dengan pisau terpacak di perut..

Kejam sungguh manusia zaman sekarang ni, tak ada rasa kesian langsung. Kalau hidup tak ada perikemanusiaan macam nil ah jadinya. Kesian dekat haiwan ni tak pasal-pasal dia yang kena. Ingatkan sesame manusia ja dorang kejam, kat binatang pun sama je.

Tak tahu la apa salah kucing ni sampai syaitan bertopengkan manusia ni sanggup buat macam ni. Sakit tu !! Terpacak pisau kat badan dia, terbenam terus pulak tu. Kita yang baru terhiris tangan sikit pun sakit tak sangga dah, ini kan pisau terbenam macam ni.

Menurut pengguna facebook yang memuat naik gambar kucing ni, Kekwa Omar, masa dorang jumpa kucing ni, dia masih lagi hidup tau. Ishhh kesian betul, nasib baik la dorang sempat bawak untuk dirawat. Kalau tidak mesti mati.

Kejadian ini dipercayai berlaku di rumah flat Kampung Kolam di Kuala Terengganu. Sekarang ni pun dorang dah buat laporan polis. Sebab katanya ada la dorang ni syak someone yang buat kerja-kerja zalim ni. Bagus ! Biar cepat sikit orang macam tu kena tangkap. Buta perut betol.-TiraGomez/UtaraNews.com.

ep2p-5small