Block Parking, Tinggal Nombor Salah, kasi Pecahlah makannya

2

JOHOR BAHRU – Gara-gara tersilap memberikan nombor telefon bimbit, kereta milik seorang individu dipecahkan oleh individu yang berang dengan tindakan pemilik kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru City Square itu, cermin kereta Proton Persona dipecahkan di bahagian pemandu atas sebab telah menghalang laluan kenderaan lain selain dari memberi nombor telefon yang salah.

2

 

2

Difahamkan, pemilik kenderaan terbabit telah meninggalkan nota yang ditulis,

“Call me at 016223****. By the way, sorry ya” – Shah.

Bagaimanapun, si pelaku mengatakan nombor telefon yang diberi tidak wujud menyebabkan dia mengambil tindakan memecahkan cermin kereta itu.

Sebelum beredar, dia sempat meninggalkan nota,

“I think you are the biggest as’sh0le in the world to think that you could leave a wrong number!”

Walaupun begitu, tindakan memecahkan harta benda orang lain adalah salah di sisi undang-undang. Sewajarnya si pelaku bersabar dan meminta bantuan pusat beli-belah.

Gambar-gambar itu kini telah menjadi viral dan bualan hangat para netizen di Facebook, lapor dari sebuah blog.

Comments

comments

ep2p-5small