Berita Astro Awani Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati

astro awani

Berita Astro Awani Dikritik Kerana Laporan Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE). Apa Respon Anda? : Servis langganan Astro yang teruk, harga yang membebankan. Itulah antara bait-bait yang keluar daripada kalangan pelanggan Astro Malaysia yang mana Berita semasa sendiri bersetuju dengan aduan demi aduan yang diberikan kepada servis dan perkhidmatan Astro yang mengecewakan. Tetapi….

Tetapi tidak untuk laporan berita dan perkongsian perbincangan serta ilmu yang dilaporkan oleh saluran berita Astro Awani sendiri jauh lebih baik daripada laporan berita media arus perdana yang lain termasuklah daripada Buletin Utama TV3, Bernama TV dan Berita perdana TV1.

BACA SINI : Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Berita Semasa sendiri menyukai laporan berita Astro Awani berbanding saluran berita yang lain. Tetapi tindakan berita Astro Awani menyiaran live streaming dan siaran langsung pengebumian pengasas Singapura moden, Mr Lee Kuan Yew mendapat reaksi negatif dan kemarahan dikalangan segelintir rakyat Malaysia termasuklah saudara yang bernama Fairus Salleh, Mohd Azril Abdul Aziz dan juga Shahrul Azyzy Suria Ahmad yang melepaskan amarahnya di laman sosial Facebook :

Berita Astro Awani :  Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE) Ditemplak Oleh…

“Come one, Awani, why do this coverage? Is he that important. What did he do for this country?

“Might as well provide news coverage of problems affecting the people,” Fairus said

“Why is Astro Awani being pro-Singapore, don’t have to do a live telecast of a dead Chinese. If it was the passing of a Malay ruler it is fine… Astro Astro, we are Malaysians in Asean why the need to do this to pay respects… Chinese will be Chinese,” Mohd Azril said.

“I paid so much not for you people (Astro) to do a live coverage of this apek. If it is a Quranic recital or Ustad Azhar Idrus, I don’t mind but this? Might as well cancel my Astro subscription,” said one Facebook user who went by the moniker Paksu Yg Punyerr

“ASTRO P***MAK, WANT TO LIFT EVEN THIS SINGAPORE COMMUNIST STOOGE,,, WHAT IS HIS CONTRIBUTION TO ISLAM IN SINGAPORE AND MALAYSIA?” Shahrul Azyzy Suria Ahmad said.

Bagi Berita Semasa, Lee Kuan Yew adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Jikalau “benar-benar tidak suka Lee Kuan Yew” sekalipun, hormatilah dia sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia yang ramai ingin mengetahui melalui perkongsian laporan Berita Astro Awani. Lee Kuan Yew sudah pun mati. Belajar hormati orang lain walaupun tidak sebangsa dan seagama dengan kita.

Lagipun kita, Malaysia ada “political interest“…. kita jiran yang paling hampir…. ini masuk bab diplomasi antarabangsa. Jadi Berita Semasa tidak nampak apa yang masalah besarnya tindakan Berita Astro Awani melaporkan kematian Lee Kuan Yew ini.

Banyakkan membaca. Di Singapura, ketika di awal era kemerdekaan penubuhan kerajaan Singapura, Cina Lee Kuan Yew ini yang bergaduh dan bertelagah dengan Cina Komunis gaduh cina komunis sekaligus menghapuskan komunis di kota Singapura pada masa itu.

Semasa Mandela mati dahulu, tiada pula yang mengadu?
Semasa Puteri Diana mati juga dahulu, tiada pula yang mengamuk?
Semasa siaran langsung perkahwinan Kate Middleton dan Putera Williams, tiada pula kedengaran suara bantahan?
Tetapi jangan sesekali memberi liputan kepada Cina Singapore?
Erm……

P/S : Ketika negara Malaysia sedang menuju negara maju, bukan sahaja ekonomi Malaysia perlu dipertingkatkan, tetapi modal insan dan juga tahap pemikiran dikalangan rakyat juga harus berubah selari dengan rakyat di negara Maju yang lain tanpa hilangnya batas ketimuran dan ciri Malaysia sebagai negara Islam.

PP/S : Satu yang Berita Semasa hormati usaha keras Lee Kuan Yew, bagaimana beliau bersama pasukannya boleh tranformasi Singapura daripada “nothing into something“.

PPP/S : Hakikatnya jasa Malaysia terhadap disebalik perjalanan dan proses kemerdekaan Singapura, antara yang paling mudah dalam dunia. Susah lagi cubaan Hong Kong mendapatkan merdeka dari British. Kepada berita astro Awani teruskan dengan corak laporan berita terkini anda.



Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-5small