Satu perkembangan yang cukup positif bagi pasangan ini dan kami sangat yakin peminat mereka berdua pastinya sangat gembira dengan penghijrahan Hanis Zalikha untuk bertudung menjelang hari bahagia mereka.

Bakal-Kahwin,-Hanis-Zalikha-Kini-Berhijab-Penuh---ROTIKAYA_001

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri Hairul di akaun Instagram miliknya dan tidak henti-henti mendapat pujian dan juga diiringi doa daripada minat mereka berdua. Jika diperhatikan, permintaan untuk berhijab ini juga sebenarnya adalah komen yang selalu bermain di laman sosial milik Hanis.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang bakal memasuki alam perkahwinan pada tahun ini. Kami pasti perubahan demi kebaikan ini bakal membawa perubahan yang cukup bermakna untuk pasangan ini. Nanti kami mahu beli tudung jenama Hanis, boleh? – ROtikaya