Bakal terima nasib macam Izzah.., Nuha kini tak senang duduk..

Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan #Kitalawan pada 7 Mac lalu.

Nurul Nuha ketika ditemui memberitahu, polis sudah menghubunginya untuk meminta memberi kerjasama berhubung perhimpunan yang telah diadakan dihadapan komplek beli-belah Sogo awal bulan lalu.

“Seorang superintenden polis memberitahu mereka mahu mengambil kenyataan saya,” kata Nurul Nuha dengan suara seolah-olah takut disoal pihak polis.

Nurul Nuha berkata, bagaimanapun polis masih belum menetapkan tarikh untuk beliau datang memberi keterangan dan pihak polis akan menghubunginya semula bila tiba masa itu.

“Masih belum ada tarikh. Polis cuma beritahu akan hubungi saya apabila sampai masanya untuk ke balai polis memberikan keterangan,” katanya.

Nurul Izzah yang baru dibebaskan mendapat maklumat mengenai perkara ini terus memberi amaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya menumpukan tugas dengan menangkap penjenayah yang lebih berat berbanding adiknya.

“KPN sepatutnya menumpukan dalam menangkap penjenayah berat dan melindungi Malaysia serta membuatkan Sirul didakwa atas pembunuhan dalam menebus kesalahannya,” kata Nurul Izzah memberi amaran kepada KPN. -Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-2