Baju CicakMan 3 kena kutuk kaw-kaw sebab buruk dan huduh..

Siapa yang dah tengok trailer Cicakman 3 hasil karya Yusry KRU? Miss A tengok filem ni nampak macam menarik.. Macam filem ‘Spiderman’ pun ada jugak.., tapi yang ni versi Malaysia..hehe

Ramai yang tengok trailer ‘Cicakman 3’, rasa kostum superhero nampak tak sesuai dan nampak tak menarik dengan karakter dibawakan oleh Zizan Razak tu..

Bila dah mendapat kritikan peminat, pengarah Yusry tampil untuk menjelaskan segalanya..Pihaknya memang saja buat kostum kurang sepadan dengan watak Zizan..

 Macam filem ‘Spiderman’ la, mula-mula dia reka baru sendiri, bila dah lama-lama baru dia ada kostum yang cantik..

“Kami ada terima komen yang bertanya tentang kostum tersebut nampak tidak padan dan agak besar apabila dipakai oleh Cicakman, ia sebenarnya perancangan awal kami supaya ia nampak lebih real.

Jalan ceritanya Man membeli kostum itu di sebuah kedai kostum, jadi secara logiknya baju tersebut mestilah kurang padan kerana bukan dibuat mengikut badan Cicakman sendiri.” jelas Yusry..

Belanja mereka untuk kostum saja mencecah RM 100,000 kot, Miss A pasti memang kostum bakal dipakai Zizan ni sangat cantik.. Dah buat kostum je RM100,000, tak cantik jugak tak tahu la.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small