Azmin setuju untuk tidak setuju dengan GST..

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Kerajaan Persekutuan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini tidak akan memberi sebarang terhadap perkembangan ekonomi negara.

Mohamed Azmin berkata,  walaupun Kerajaan Persekutuan menjalankan banyak kempen-kempen untuk memperjelaskan kebaikkan GST kepada rakyat namun ia tidak memberi sebarang makna kerana permasalahan utama negara seperti penyalahgunaan kuasa serta rasuah gagal diatasi oleh pemimpin kerjaaan.

Beliau berkata. Pakatan Rakyat (PR) tidak berhasrat untuk menentang perlaksanaan GST tetapi ia dilihat tidak sesuai dijalankan ketika ini kerana perkembangan ekonomi negara yang tidak stabil akan memberi kesan kepada semua rakyat.

“Kita persoalkan mengapa GST dilaksanakan sekarang dalam keadaan rakyat belum sedia, lebih-lebih lagi ada cara lain untuk menambah pendapatan.

“Kita tidak menolak GST, tetapi lebih elok GST ditangguhkan pada tahap lebih sesuai. Kerajaan tidak wajar laksanakan sekarang kerana perlu kira situasi ekonomi negara yang masih belum mantap,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau,  sekiranya benar Kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan GST perkara utama perlu diambil perhatian ialah menyelesaikan segala permasalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin kerajaan.

“Kita juga tekankan supaya laporan ketua audit negara diberikan perhatian untuk pastikan tidak ada ketirisan, kebocoran dan salah guna kuasa.

“Tapi semua cadangan ini diketepikan dan terus laksanakan GST, yang pastinya beri kesan yang parah kepada rakyat,” katanya lagi.- UtaraNews.com/ Mohd Shahir Shukor

ep2p-5small