Azlan & The Typewriter Muat Gambar Kereta Ferrari Mewah

Rasanya sudah lama tidak mendengar cerita mengenai penyanyi lelaki popular Azlan & The Typewriter. Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Azlan & The Typewriter semakin lama semakin kurang menampilkan diri di acara khususnya di televisyen atau pentas besar seperti acara anugerah dan sebagainya.

Mungkin Azlan mempunyai alasannya sendiri kenapa bertindak sedemikian. Nampaknya Azlan memilih untuk tidak mendedahkan kisah peribadinya kepada umum, Azlan yang kini lebih menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dilihat telah berjaya dan mampu bergaya mewah.

Azlan & The Typewriter.

 

azlan ferrari

Menerusi Instagramnya Azlan telah berkongsi aset terbaru miliknya yang merupakan sebuah kereta sport Ferrari. Wah, makin hebat Azlan sekarang ni, maybe perniagaan yang diceburinya sekarang lebih menguntungkan tu pasal dia sekarang dah jarang keluar TV dan jarang menghadiri acara majlis yang besar.

Apabila ditanya mengenai kereta mewah yang dimuatkan dalam instagramnya ini jawapan diberikan oleh Azlan:

“Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya,”ujar Azlan seraya berseloroh apabila diminta mengulas mengenai kereta Ferrari berwarna merah di Instagramnya tersebut.

Tak apalah Azlan kalau tak nak kongsikan hal peribadi awak, apa-apa pun semoga berjaya dengan bidang yang diceburi.

26 total views, 26 views today

ep2p-2