Artis ni ditangkap kali kedua dengan suami orang.. Apa nak jadi laaa…

Hari tu dah kena tangkap pun tak serik lagi.. Kali ni kena cekup sekali lagi dirumah isteri jantan berkenaan.. Perghh.., terlampau betull!!!

Menurut laporan media, pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau dikenali E-Jump pada pagi Sabtu kira-kira pukul 4 pagi di USJ 1, Subang Jaya.

Menurut laporan Astro Gempak lagi, kedua-dua mereka dikatakan ditangkap di kediaman  isteri E-jump, Nor Hasni. Malah hal itu telah disahkan sendiri oleh isteri E-jump.

Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.

Pada Disember tahun lalu, Putri Mardiana dan teman lelakinya telah ditangkap khalwat di sebuah kondo Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Putri Mardiana bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut sambil mendakwa E-jump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang.

ep2p-2