Apple AppStore Menghadapi Masalah Untuk Diakses Oleh Semua Pengguna

Bagi pengguna Apple, anda mungkin tidak dapat membuat pembelian aplikasi atau kandungan daripada kedai aplikasi Apple buat masa ini, memandangkan perkhidmatan tersebut menghadapi masalah untuk diakses oleh para pengguna seluruh dunia. Apple sendiri telah mengemaskini halaman status mereka mengesahkan perkara ini.

AppStore Down

Buat masa ini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya, selain hanya mengemaskini halaman status mereka. Selain Apple AppStore, perkhidmatan lain yang turut terjejas adalah iTunes Store, Mac AppStore dan juga iBooks Store.

Sedang dikemaskini…



ep2p-2