Apakah Sultan Kelantan lagi “low class” dari Pakatan Rakyat???

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesa Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR)  sebelum bertindak membuat pembentangan pengubalan rang undang-undang hudud di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Rafizi berkata, perkara itu perlu memandangkan ia sudah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini dan ia sebagai menghormati kerjasama PAS dalam pakatan.

Beliau berkata, walaupun Sultan Kelantan,  Sultan Muhammad V telah menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud namum ka tidak diambil kira kerana sokongan Sultan adalah satu perkara biasa.

“Itu bukan perkara baharu walaupun titah itu adalah titah semasa pembukaan sidang Dun, mereka masih belum kembali kepada kita sebagai menghormati PR dan proses kerjasama, sepatutnya mereka kembali kepada kita sebelum membentangkannya.

“Kita masih lagi menunggu mereka untuk kembali kepada kita (Majlis Pimpinan PR) dengan maklum balas mereka tentang hasil perbincangan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Memetik kepada laporan, tindakan Kerajaan Negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang hudud mendapat sokongan daripada Sultan Kelantan.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Rafizi berkata, pihaknya akan menunggu maklum balas daripada Kerajaan Negeri sebelum membuat sbearang keputusan.

“Saya mengambil kira titah sama ada Yang di-Pertuan Agong yang membuka Parlimen ataupun Yang di-Pertuan Sultan-Sultan yang membuka Dun adalah titah kerajaan yang disediakan oleh kerajaan.

“Ada beberapa permintaan kepada beberapa pindaan yang bakal dibuat dan kita masih menunggu, kalau dibentangkan juga, kita kena tunggu apa yang akan dibentangkan (di sidang Dun Kelantan) dan PKR akan respon mengikut turutan,” tambahnya lagi.-UtaraNews.com/ Mohd Shahir Shukor

ep2p-5small